Eksperimen 4.5

Inferens

Suhu suatu gas mempengaruhi isi padu gas

Hipotesis

Semakin tinggi suhu, semakin besar isi padu gas

Tujuan

Menentukan hubungan antara suhu dengan isi padu bagi suatu gas berjisim tetap pada tekanan malar

Pemboleh Ubah

- Dimanipulasikan: Suhu, θ

- Bergerak Balas: Isi padu, V yang diwakili oleh panjang turus udara, L di dalam tiub kapilari

- Dimalarkan: Tekanan dan jisim udara

Radas

Rujuk senarai radas dan fungsinya disini

Tiub kapilari yang mengandungi udara terperangkap oleh satu turus asid sulfurik pekat, bikar 500 ml, termometer, pembaris, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, pengacau dan kaki retort

Bahan

Air, ais dan gelang getah

Prosedur

1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.27.

2. Panaskan air dengan perlahan dan kacau air itu secara berterusan sehingga suhu air itu mencapai 30°C.

3. Ambil bacaan panjang turus udara, L dalam tiub kapilari itu. Rekodkan bacaan dalam Jadual 4.11.

4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan suhu 40°C, 50°C, 60°C, 70°C dan 80°C.

5. Rekodkan semua bacaan panjang turus udara, L dalam Jadual 4.11.

Keputusan

Analisis Data

1. Plotkan graf panjang turus udara, L melawan suhu, θ. Paksi-θ hendaklah meliputi julat 0°C hingga 100°C.

2. Ekstrapolasi graf L melawan θ sehingga θ = 0°C.

3. Plotkan semula graf L melawan θ dengan paksi-θ meliputi julat -300°C hingga 100°C.

4. Ekstrapolasi graf L melawan θ sehingga L = 0 cm.

Kesimpulan

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

Perbincangan

1. Mengapakah air perlu sentiasa dikacau semasa dipanaskan?

2. Apakah andaian yang perlu dibuat supaya panjang turus udara yang terperangkap di dalam tiub kapilari boleh mewakili isi padu udara tersebut?

[Petunjuk: Isi padu turus udara, V = panjang turus udara, L * luas keratan rentas tiub kapilari, A]

Contoh keputusan

Rujuk contoh keputusan eksperimen disini

Demo