Eksperimen 4.3

Tujuan

(i) Menentukan haba pendam tentu pelakuran ais, lf.

(ii) Menentukan haba pendam tentu pengewapan air, lv.

A. Haba pendam tentu pelakuran ais, lf

Bahan

Ais hancur

Prosedur

1. Letakkan bikar bagi set eksperimen dan set kawalan masing-masing di atas neraca elektronik. Set semula kedua-dua neraca elektronik kepada bacaan sifar.

2. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.16. Pada awalnya, kedua- dua bikar dan neraca elektronik tidak berada di bawah corong turas masing-masing.

3. Hidupkan pemanas rendam bagi set eksperimen sahaja. Apabila air telah menitis keluar daripada corong turas pada kadar yang tetap, letakkan bikar dan neraca elektronik masing-masing di bawah corong turas. Mulakan jam randik.

4. Selepas masa, t = 10 minit, rekodkan bacaan jisim air yang dikumpulkan di dalam bikar set eksperimen, m1 dan set kawalan, m2 .

5. Matikan pemanas rendam dan rekodkan kuasa pemanas, P.

Keputusan

Analisis Data

Hitungkan haba pendam tentu pelakuran ais dengan menggunakan rumus, l = Pt (m1 - m2)

Kesimpulan

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

B. Haba pendam tentu pengewapan air, lv

Radas

Rujuk senarai radas dan fungsinya disini

Pemanas rendam berkuasa tinggi (500 W), bekalan kuasa, bikar, neraca elektronik dan jam randik

Bahan

Air dan kertas tisu

Prosedur

1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.17.

2. Hidupkan pemanas rendam dan tunggu sehingga air mendidih.

3. Apabila air mendidih, mulakan jam randik dan pada masa yang sama, rekodkan bacaan neraca elektronik, m1 .

4. Selepas masa, t = 5 minit, rekodkan bacaan neraca elektronik, m2

5. Matikan pemanas rendam dan rekodkan kuasa pemanas, P.

Keputusan

Analisis Data

Hitungkan haba pendam tentu pengewapan air dengan menggunakan rumus, l = Pt (m1 - m2 )

Kesimpulan

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

Perbincangan

1. Mengapakah satu set kawalan perlu disediakan bagi eksperimen A dan tidak perlu untuk eksperimen B?

2. Diberi nilai haba pendam tentu pelakuran ais ialah 3.34 * 105 J kg-1. Bandingkan nilai haba pendam tentu pelakuran ais yang diperoleh daripada eksperimen A dengan

3. Diberi nilai haba pendam tentu pengewapan air ialah 2.26 * 106 J kg-1. Bandingkan nilai haba pendam tentu pengewapan air yang diperoleh daripada eksperimen B dengan nilai yang diberi. Bincangkan perbezaan antara dua nilai tersebut (jika ada).

4. Cadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kejituan keputusan eksperimen ini.

Contoh keputusan

Rujuk contoh keputusan eksperimen disini

Demo