Eksperimen 4.2

Tujuan

Menentukan nilai muatan haba tentu aluminium

Radas

Rujuk senarai radas dan fungsinya disini

Bekalan kuasa, pemanas rendam, blok aluminium 1 kg, jam randik, termometer dan kaki retort

Bahan

Kertas tisu

Prosedur

1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.11.

2. Ambil bacaan suhu awal blok aluminium, θ1 dan rekodkan bacaan anda.

3. Hidupkan pemanas rendam dan pada masa yang sama, mulakan jam randik.

4. Selepas masa lima minit, matikan pemanas rendam. Ambil bacaan tertinggi termometer sebagai suhu akhir aluminium blok, θ2. Rekodkan bacaan anda.

Keputusan

Analisis Data

Hitungkan muatan haba tentu aluminium menggunakan rumus, c = Pt/m(θ2 - θ1).

Kesimpulan

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

Perbincangan

1. Apakah yang boleh dilakukan untuk memperoleh sentuhan terma yang lebih baik antara bebuli termometer dengan blok aluminium?

2. Diberi nilai muatan haba tentu aluminium ialah 900 J kg-1 °C-1. Bandingkan nilai muatan haba tentu aluminium yang diperoleh daripada eksperimen dengan nilai yang diberi. Terangkan perbezaan antara dua nilai tersebut (jika ada).

Contoh keputusan

Rujuk contoh keputusan eksperimen disini

Demo