Eksperimen 4.1

Tujuan

Menentukan nilai muatan haba tentu air

Radas

Rujuk senarai radas dan fungsinya disini

Bekalan kuasa, pemanas rendam, bikar, jam randik, termometer, kaki retort dan neraca elektronik

Bahan

Air dan kertas tisu

Prosedur

1. Balut bikar dengan kertas tisu.

2. Letakkan bikar di atas neraca elektronik dan set semula bacaan neraca itu kepada nilai sifar.

3. Isi air ke dalam bikar sehingga tiga per empat penuh.

4. Ambil bacaan jisim air, m yang ditunjukkan oleh neraca elektronik. Rekodkan bacaan anda.

5. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.10.

6. Ambil bacaan suhu awal air, θ1. Rekodkan bacaan anda.

7. Hidupkan pemanas rendam dan pada masa yang sama, mulakan jam randik.

8. Perhatikan perubahan bacaan termometer.

9. Selepas masa lima minit, matikan pemanas rendam. Ambil bacaan termometer tertinggi sebagai suhu akhir air, θ2. Rekodkan bacaan anda.

Keputusan

Analisis Data

Hitungkan muatan haba tentu air menggunakan rumus, c = Pt/m(θ2 - θ1).

Kesimpulan

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

Perbincangan

1. Mengapakah bikar itu perlu dibalut dengan kertas tisu?

2. Mengapakah suhu air akhir, θ2 tidak diambil sebaik sahaja masa pemanasan lima minit tamat?

3. Diberi nilai muatan haba tentu air ialah 4 200 J kg-1 °C-1. Bandingkan nilai muatan haba tentu air yang diperoleh daripada eksperimen dengan nilai yang diberi. Terangkan perbezaan antara dua nilai tersebut (jika ada).

4. Cadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kejituan keputusan eksperimen ini.

Contoh keputusan

Rujuk contoh keputusan eksperimen disini

Demo