Eksperimen 6.2

Inferens

Kedudukan suatu imej dipengaruhi oleh kedudukan objek dan indeks biasan medium berlainan

Hipotesis

Semakin bertambah dalam nyata suatu objek, semakin bertambah dalam ketara

Tujuan

Menentukan indeks biasan air menggunakan kaedah tanpa paralaks

Pemboleh Ubah

- Dimanipulasikan: Dalam nyata, H

- Bergerak Balas: Dalam ketara, h

- Dimalarkan: Indeks biasan air, n

Radas

Rujuk senarai radas dan fungsinya disini

Bikar (1 000 ml), pembaris dan kaki retort

Bahan

Gabus, dua batang pin, pita selofan dan air

Prosedur

1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.13.

2. Lekatkan sebatang pin Po dengan pita selofan pada dasar bikar itu.

3. Isi air ke dalam bikar sehingga kedalaman 6.0 cm. Kedalaman ini ialah dalam nyata, H.

4. Perhatikan imej pin Po dari bahagian atas permukaan air.

5. Laraskan kedudukan pin Pi secara menegak sehingga kelihatan segaris dengan imej pin Po. Pada paras ini, kedudukan pin Pi adalah sama paras dengan imej pin Po.

6. Ukur jarak y antara pin Pi dengan dasar bikar. Rekodkan bacaan dalam Jadual 6.3.

7. Ulangi eksperimen ini dengan mengubah dalam nyata, H = 7.0 cm, 8.0 cm, 9.0 cm dan 10.0 cm.

Keputusan

Analisis Data

1. Tentukan nilai dalam ketara, h yang bersamaan dengan jarak antara pin Pi dengan permukaan air menggunakan rumus, h = (H - y).

2. Plotkan graf H melawan h pada kertas graf.

3. Tentukan kecerunan graf.

4. Hubung kait dalam nyata, dalam ketara dan indeks biasan air.

5. Nyatakan nilai indeks biasan air.

Kesimpulan

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

Perbincangan

1. Jika air digantikan dengan minyak masak dalam eksperimen ini, apakah akan terjadi kepada kecerunan graf?

2. Nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk memperbaiki kejituan keputusan eksperimen ini.

3. Bincangkan kelebihan kaedah tanpa paralaks berbanding dengan kaedah yang digunakan dalam Eksperimen 6.1 untuk menentukan indeks biasan suatu bahan.

Contoh keputusan

Rujuk contoh keputusan eksperimen disini

Demo